Posts

Showing posts from May, 2013

Selamat Datang Terengganu

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat InsyaAllah kali ini akan kuperihalkan pengembaraanku ketika di Terengganu. Kuharapkan perihalku ini dapat membantu kalian yang sedang membaca dan ingin berkunjung ke sini. Perihal pengembaraan yang akan kuceriterakan ini sangat molek bagi pasangan raja sehari untuk berbulan madu, pasangan keluarga yang mencari keserasian bersama dan kembara solo sepertiku. Maka bermulalah hikayat pengembaraanku  selama 4 hari 3 malam dengan bajet RM 600 seorang lebih kurang. Sudah menjadi adat hendak bermalam, sudah tentu perlu mencari tempat berteduh. Di sini, ada pelbagai jenis tempat berteduh bermula dari hotel bertaraf 7 bintang sehinggalah homestay yang mampu memuatkan 3 keluarga (15 orang). Bergantung pada bajet kalian. Kunasihatkan kalian menempah lebih awal sekurangnya sebulan bagi mengelakkannya penuh. Tempahan kubuat melalui atas telefon bukan atas talian memandang ketakutanku akan keselamatan 4 angka belakang nombor kad kredit yang cuk...

Epic 3D

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat HA : Kita nak tunggu ka..kita nak balik ? (tanya HA pada AA) AA : Ce abang beralih belakang tengok, nak balik ka..nak tunggu? HA pun menoleh ke belakang. Ya Rabbi ramainya orang. Panjang beratur. Depan belakang ada lebih kurang 20 orang. Ini nak beli tiket wayang atau nak ambil wang BR1M ? Tanyaku sendiri dalam hati. Terus HA mematikan niat untuk keluar dari beratur bagi membeli tiket filem EPIC 3D. Filem 3D pertama buat HA. Tunggu punya tunggu sampai lebih kurang setengah jam sampai ke kaunter tiket. HA : Filem EPIC 3D ada? Abang tiket : Ada. Tapi mula dah 10 minit. Tempat duduk line kedua paling depan mau? HA : Yaka ? (saja buat-buat tanya padahal tempat duduk di mana-mana pun xpa, asalkan ada. Teringin sangat nak tengok filem 3D ) Ok. 2 Dewasa.  Melayang sudah RM 38.  Terus bergesa masuk ke skrin 4 (nombor bilik tayangan). Sampai di pintu masuk skrin 4. Abang 3D : Sat. Hangpa nak pi mana? Meh tiket dul...