Pertempuran Sengit
Salam hormat.
Untuk sekian lama menyepi diri, keinginan untuk menulis itu kembali rasanya sebelum mata terpejam ketika waktu sore. Bukan niat HA untuk sengaja menyepi diri tetapi pertempuran sengit di Utara Kayangan memaksa keadaan ini berlaku. Kah3..klise sangat alasan tuh.
Maka sudah tersurat untuk HA dan 5 sahabat lain untuk berkelana di SK Felda Mata Air sepurnama lamanya. Pertempuran sengit ini merubah keenam adiwira untuk keluar menjadi diri masing-masing. Bait 'FELDA' itu cukup untuk menggambarkan betapa sengitnya pertempuran yang bakal dihadapi. Ya, memang itulah hakikat, seperti yang dijangkakan. HA bersama lima sahabat lain resah memikirkan 4 pusingan yang bakal ditempuhi. Apatah lagi langkah kami masih lagi sumbang dan perlukan perhatian mahaguru.
Pusingan 1 :
Allah...Tenang. All is well. Itulah lafaz yang sering mengisi bibir HA di pusingan ini. Pertama kali memasuki gelanggang perasaan gugup bertemu 'FELDA' tidak dapat disembunyikan. Langkah yang diaturkan langsung tidak kemas menyebabkan 'FELDA' selamba menghadiahkan buku limanya tepat ke arah muka. Terpinar seketika. Apa yang boleh dikatakan pada ketika itu ? Tumbang dan tewas akhirnya HA. Mahaguru mengangguk senyum memerhatikan jauh dari kamarnya.
Pusingan 2 :
Ya Allah bantulah hambamu ini...maka barulah datang mahaguru memberi buah sakti buat penawar luka dan azimat berharga buat berhadapan 'FELDA' yang rakus. Setiap langkahan kembali diperkemaskan, kelemahan 'FELDA' dibongkarkan dan AZIMAT itu dikemenyankan. Langkahan sulong HA dipersembahkan dengan penuh takzim. Maka pertempuran sengit berlaku dengan dipenuhi birat-birat merah di peha dan keringat yang membasahi tubuh. 'FELDA' berjaya dijatuhkan tapi belum tewas sepenuhnya.
Pusingan 3 :
Puncak pertempuran. Itulah yang dapat disebut. Kerakusan 'FELDA' tidak dapat dibendung lagi. 'FELDA' mengamuk. 'FELDA' memasang kekuda kemas dengan wajah yang bengis. HA cuma senyum dengan AZIMAT di sisi. Bertubi kali serangan 'FELDA' ke arah HA. Tidak juga ada hasilnya. Tumbang juga 'FELDA' sebaik sahaja kening diangkat seraya AZIMAT dikeluarkan. Saat itu HA mampu senyum tanda detik kemenangan telah kunjung tiba.
Pusingan 4 :
Kekalahan 'FELDA' dihiasi dengan linangan air mata "FELDA" sendiri. Tidak tahu mengapa HA juga sama-sama menyumbang air mata. Adakah itu tanda kemenangan hakiki? Atau hadiah pertempuran maruah diri? HA tidak tahu menahu. Suasana hiba mengisi seluruh ruang gelanggang pertempuran sengit. Lantas ketika itu 'FELDA' bangun, mengajak HA berjabat tangan dan memberi tabik hormat bingkas berkata, "terima kasih cikgu, tolong jangan pindah". HA hiba tika lafaz itu terpacul keluar dari mulut "FELDA". Kata HA, "InsyaAllah, cikgu akan datang lagi ke sini." Jauh di sudut hati HA mengatakan "Saya suka pertempuran ini dan saya akan datang untuk bertanding lagi".

Comments