Posts

Showing posts from December, 2012

Sudah 2013...

Salam terhormat buat yang layak dihormati. Selamat tahun baharu 2013, HA salurkan kepada semua pembaca. Moga-moga azam tahun lepas telah tertunai. Tertunai ? HA katakan 'tertunai' sebab azam itu ditunaikan secara tidak sengaja. Acapkali kita terlupa azam kita di awal tahun kan. Benarlah MELAYU MUDAH LUPA. Entry kali ini HA ingin mengajak kita semua termasuk HA untuk cermin diri, renunglah peribadi. Mudahan kelak mendatang kita semua menjadi manusia berguna. Itulah matlamat kita diciptakan di atas muka bumi Allah. Untuk mentadbir segala yang mampu ditadbir. Tentu ada batasannya. Kembali pada tajuk. Sudah 2013. Pabila tiba tahun baharu, ramai yang mengatakan tentang AZAM baharu bukan? Terpulanglah di mana-mana sahaja. Bermula dengan sembang PAK MAT di kedai kopi, lantaran celoteh DJ di radio sana-sini, ditambah dengan ceritera gamat di kenduri raja sehari sehinggalah tamat dalam istana raja sendiri. AZAM TAHUN BAHARU !!! Tanpa kita sedari azam yang tahun lepas-lepas macam m...

Sudah Cukup-Cukup Cuti

Image
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi Allah masih lagi peluang untuk HA hidup di atas muka bumi ini. Jika tidak almaklum sendiri tau. Pengisian cuti agak padat. Memang padat sehingga tak terpadat lagi HA menulisnya. Kendatipun begitu, tugas menulis perlu juga. Bagi mengasah otak yang lama-lama akan tumpul. Di samping berat badan yang semakin bulat, HA tidak dapat lari dari tugasan yang benar-benar mencabar kewibawaan diri. Misalnya duta DBP, penulis lapok, mahasiswa terdidik, pementong perlis serta belambak lagi tugas yang sedang berada di pundak HA. Apakan daya, dah nasib begini. Mula-mula ingat nak cari kerja TETAPI banyak pulak songehnya. Kemampuan diri dicabar. KALAM PERTAMA. Inilah antologi pertama puisi dan cerpen HA. Antologi yang berikutnya masih dalam perancangan. Ongkos dan isinya masih kurang matang pak. Antologi yang memuatkan hasil karya mantan MPR 2011 yang berkubang di Shah Beach Resort, Melaka. Tempat yang penuh nostalgia kepada HA. HA ditentang dan diasak bertub...