Debaran Akhir AFF Suzuki 2018

Sumareh dengan aksi menggelecek pada saingan akhir pertama AFF Suzuki 2018 Ternyata saingan akhir AFF Suzuki 2018 kali ini memperlihatkan pertemuan ibarat buku bertemu ruas. Skuad Naga Emas Vietnam yang menampilkan ramai pemain muda merupakan halangan terakhir Harimau Malaysia bagi menjulang piala berprestij bagi edisi kali ini. Setelah tamatnya saingan akhir pertama yang berlangsung di Bukit Jalil, penulis terpanggil untuk berkongsi pendapat dari kaca mata seorang penyokong. Keputusan 2-2 jelas bukanlah bekalan selasa buat Harimau Malaya yang bakal berkunjung ke Hanoi pada 15 Disember ini. Walaupun begitu, riak Coach Cheng Hoe tetap yakin anak buahnya mampu mengulangi kejayaan menundukkan Gajah Perang di Rajamanggala. Di sini penulis ingin berkongsi rasa minda berkaitan aksi akhir pertama menentang Vietnam. Ketiadaan 2 tonggak utama pertahanan memberi impak yang besar kepada pasukan. Pemain gantian yang disenaraikan untuk masuk dilihat kurang berkomunikasi dengan baik ...