Posts

Showing posts from June, 2014

Terawih

Dengan namamu Ya Allah, Ada tak diantara kita yg menyimpan hasrat utk solat terawih penuh. Mesti ada kan? Kalau disoal semua pasti teringin merasa nikmat itu. Pahalanya hanya Allah  sajalah yg mengetahui. Hari ni hari kedua aku berjaya menunaikan hasrat itu. Nak tahu rahsianya? Aku bpegang pada kata ayahanda, nak berjaya mesti ada strategi. Mana boleh hentam keromo saja. Mula2 kita kena tetapkan azam nak solat terawih penuh tahun ini. Kalau boleh hebahkan, bt tambah keyakinan diri. Pastu selalu berdoa pada Allah. Minta pada Allah agar dipermudahkan azam kita tuh. Minta bonda ayahanda doa sekali. Baru berkat. Satu lagi waktu buka puasa tu makan sikit saja. Jgn melantak sampai 3 pinggan. Memang berat perut la nnt nak sujud. Macam2 alasan yg diberi nanti. Yg tu sajalah strategi terawih buat masa ni. Selamat beramal. Sekian dari kayangan.

Kahwin

Dengan namamu ya Allah... Bila ko nak kawin? Soalan yg meresahkan golongan bujang. Pelbagai jawapan yg diberikan. Tak kurang juga ada yg mengelakkan diri dan terus membisu. Semua insan normal mesti nak kahwin. Bila sebut soal kahwin pasti ramai yg suka. Tapi bersediakah si bujang? Hanya diri mampu bgi jawapan. Si bujang tak kira lelaki mahupun prempuan pasti ada kriteria yg diimpikan utk bergelar pasangan hidup. Ada yg mahu mancung,lesung pipit, tanggungjawab, penyanyang dan matang. Terpulanglah. Bagi aku, kahwin adalah agenda yg besar dan memerlukn perancangan dan persediaan yg rapi. Persediaan sebelum, semasa dan selepas kahwin. Macam pyataan praktikum plak. Ramai yg cakap kahwin muda la bagus. Anak ramai nanti. Aku senyum saja sbb yang cakap tu macam tuhan plak boleh confirm dapat anak ramai. Rezeki Allah yg tentukan bos. Lihat dalam2 pada diri kita. Yg adam, mampukah kamu memimpin hawa yg sarat dgn konflik dirinya. Adakah kamu pasti dgn pilihan ini? Apa bukti yg kamu b...

Masamu Doaku

Dengan namamu ya Allah...syukur kehadratmu tinggal beberapa hari saja lagi semester terakhirku akan membuka tirai sekaligus menutup cutiku pada kali ini. Dengar cerita jadual pun sudah keluar. Cuti kali ini berbeza dari cuti sebelum ini. Apa yang berbeza? Jawapannya masa. Cerdik pandai mengatakan masa itu emas. Salah. Masa itu nyawa. Mengapa aku berkata demikian? Jika kamu mengatakan bahawa masa itu emas, semua orang kaya dalam dunia ini pasti mampu dan cekap dalam menguruskan masa. Berlaku sebaliknya, ramai juga dalam kalangan orang kaya yang gagal menguruskan masanya dengan baik. Jelaslah masa itu bukan emas tapi nyawa. Perkara ini disedari oleh aku selama tempoh cuti ini. Sebelum cuti, aku beranggapan bahawa aku memerlukan masa yang banyak untuk merehatkan badan setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan. Oleh itu, aku tolak semua tawaran yang aku rasakan akan menyibukkanku. Tindakkanku menolak tawaran tersebut kurasakan betul dan aku telah menguruskan ...