Posts

Showing posts from August, 2011

PULAU GAGAL

Angin malam menusuk merabakkan layar bahteraku hingga karam sejenak di Pulau Gagal. Tidak kusangka layar di bawah jagaanku musnah segalanya. Maka usaha untuk memperbaikinya bukan semudah yang disangkakan. Kerja gila bisikku dalam hati. Bermulalah kisah bahteraku karam di Pulau Gagal. Rupanya aku tidak sendirian ketika berlabuh, angin hitam   telah merabikkan layar bahtera rakan seperjuanganku jua. Tapi tidak seteruk koyaknya layarku.   Berlabuhlah aku bersama kelasi lain yang GAGAL mengemudi bahtera saat ombak mengganas serta angin hitam membuas. Detik itu aku masih lagi tidak mampu menerima hakikat bahteraku karam dek kerna angin hitam yang sekadar picisan bagiku tika berada di konti kelasi. Tapi apakan daya kata orang tuaku ini semua dugaan bagiku yang mesti dilalui bagi mematangkanku. Mungkin ini pengalaman dan pengajaran yang berguna buatku semasa belayar meredah lautan dalam kelak. Ramai yang menyokong untuk aku segera bangun memperbaiki layar bahteraku yang musnah. Me...