Menangislah...
Salam hormat. "Jika awak mahu menjadi seseorang dalam hidup, jika awak mahu mencapai sesuatu, jila awak mahu menang, selalu dengar kata hatimu, dan jika tiada jawapan, Pejamkan mata awak dan fikirkan kedua orang tuamu, dan kemudian, awak adakan dapat mengatasi segala halangan, semua masalah akan TERselesai. kejayaan akan jadi milikmu, hanya untukmu, dirimu." Acapkali ujian datang menguji pada yang berhak diuji. Mengikut kemampuan. Seringkali juga ujian menuntut hati ini menangis, menangis tanpa sebab yang utuh. Perlukah menangis? Sangat perlu. Kabhi-khabi kita perlu menangis jugak. Apa faedahnya simpan air mata kan ? Hatiku tetap mengatakan bahawa air mata memang patut mengalir membasahi rekahan alur pipi. Dia datang tanpa kita sedar, yang pentingnya dia juga akan mengalir tanpa kita sedar bukan. Saat hati tersentuh , tak kira tampan mana sekalipun, saat mengalir, ibu jualah tempat diri berkongsi pilu, kepada-Nya juga tempat memohon moga dipermudahkan u...